Description
NOTA PENTING: DOWNLOAD/ MUAT-TURUN FAIL SET UTAMA HANYA DAPAT DILAKUKAN SEKALI SAHAJA.
Set Utama MT4 DH Toknik V1 ini adalah indikator dan skrip khas untuk pedagang atau trader yang menggunakan aplikasi MT4 sahaja. Ia mengandungi indikator yang dapat membantu pedagang mendapatkan maklumat, antaranya indikator yang dapat memberikan maklumat mengenai jumlah masa bagi candle yang sedang beraksi. Masa yang ditunjukkan adalah baki masa candle berkenaan sebelum candle baharu muncul. Lain-lain indikator yang disertakan adalah indikator News, yang memaparkan info news di chart iaitu News yang bakal berlaku dalam masa terdekat dan juga pada hari semasa. Selain itu indikator yang menunjukkan sempadan masa antara sesi Asia, Sesi Eropah dan Sesi Amerika juga disertakan dalam set asas ini. Tidak ketinggalan set indikator ini disertakan bersama template chart khas untuk membantu pedagang membuka chart dengan cepat.
Selain itu ia juga mengandungi skrip-skrip yang memudahkan dan mempercepatkan dagangan seperti menutup order dengan segera atau membuka order dengan kadar segera. Terdapat beberapa skrip lain untuk kegunaan pedagang.
PERISIAN YANG DIPERLUKAN:
Untuk pemindahan fail, komputer anda perlulah dilengkapi terlebih dahulu dengan perisian WinRar bagi memudahkan dan mempercepatkan proses muat-turun dan pemindahan fail. Selain itu untuk tujuan membaca ARAHAN cara pemasangan, anda juga hendaklah melengkapi komputer anda dengan pdf reader seperti Adobe Reader atau Nitro Pdf.
NOTA:
- Sekiranya dalam email order yang anda terima selepas pembayaran dibuat tidak disertakan link download, sila kembali ke website ini dan anda boleh downloadnya di ‘My Account’. Klik pada menu ‘My Account’ di atas.
- Pastikan download dilakukan di komputer/ laptop yang anda akan install skrip dan indikator ini dan bukan di telefon/gajet. Jika anda terlebih dahulu telah downloadnya di telefon/ gajet, sila copy atau salin fail dari telefon/gajet berkenaan dan masukkan ke fail Download atau Desktop komputer/ laptop tersebut.
- Selepas selesai muat-turun, sila ikuti panduan berikut: http://bit.ly/3KJZtSS







Reviews
There are no reviews yet.